Friday, January 16, 2009

Jumaat

Hari ini hari jumaat. Patut aku ada kelas hari ini tapi aku tak pergi pon atas sebab-sebab tertentu la. Memang aku malas. Hahaha. Aku pun pelik. Semalam aku semangat habis nak belajar tapi hari ini aku kembali kepada kosong.

Aaah. Dah ah cakap pasal study nih. Selalu cakap pun bosan gak kan. Mari kita bercakap tentang isu semasa. Sekarang ni bukan tengah heboh dengan norman hakim dan abby abadi dah tetapi tentang serangan Israel laknat ke atas bumi Palestin. Aku memang simpati habis dalam perkara nih. Dah la yang diattack tu orang-orang yang tak bersalah. Budak-budak kecik semua. Jadi, aku pun dapat lah banyak mesej-mesej berantai ni. Tentang boikot-boikot jenama-jenama seperti nestle urmmm... Yang aku ingat nestle je lah sebab banyak sangat. So, aku pun dah stop beli nescafe latte kegemaran aku tu.

Tapi aku rasa benda yang Israel attack Palestin ni memang tak patut. Diorang semua tak bersalah. Kalau lah negara kita punyai kelengkapan yang bagus dan sokongan negara Islam yang lain mesti kita boleh pergi attack balik Israel tu. Tapi tu lah, dengan kelengkapan yang kita ada memang tak mampu kita nak menyaingi kehebatan Israel. Jika kita tidak mampu bagaimana kita mahu punyai keberanian. Harap Allah akan membantu mereka yang dalam kesusahan. Amin.....

1 comment:

Penny Julius said...

wah!bagus2..berhati mulia jgk awak ni..heee...=)