Thursday, December 18, 2008

Ayamas~

Hah. Perut aku memang lapar pagi-pagi macam ni. Nasib baik la membe aku, Si Same Castello ni ada satu packet ayam goreng ayamas. Well, it's time to cook. Sebut pasal cook ni baru je aku tengok satu movie tajuk The Cook, memang angker gila cerita tu. Cerita pasal Sorang psiko yang bunuh penghuni asrama then masak daging manusia tu bagi membe mangsa tadi makan. Eeeeiii~ Takot aku.

Hari ini pulak......

Salam. HUh~ Hari ini aku mulakan pagi ku macam biasa. Masih tak tidor daripada semalam. Memang rutin aku pun malam tak tidur. Lantakla korang nak cakap aku ni burung antu ke, kelawar ke, jebon ke aku tak kisah. Inila aku. Memang tak buleh nak diubah. Tapi aku kena ubah balik aku nya timing tidur ni sebab tak lama cuti semester sudah nak habis. Kang aku tak pergi kelas lak. Semester baru bukak ni aku sudah tetapkan yang aku nak dapat pointer tinggi. Waa~ Macam angan-angan mat jenin pun ada. Tapi nak buat macam mana janji ku tetap ku tepati.

Sebenarnya aku teringin nak tulis novel. Tapi tu lah. Aku tak habis lagi kaji bahan-bahan yang ada. Lagipun banyak lagi yang aku kena titikberatkan dalam penulisan novel ni. Idea da ada cuma kena la buat research sikit lagi. Kalu tak, macam mana novel aku nak jadi lengkap. Tak main la novel tahap rendah. Habis kurang pun macam hasil karya Ahadiat Akashah ke tak pun Ramli Awang Murshid. Tapi tahap diorang tu memang jauh lagi la aku nak sampai. Tak pe. At least aku cuba sebaik mungkin.

Salam~

Wednesday, December 17, 2008

Hari ini......

Salam. Sebenarnya aku tak pernah terfikir pun nak tulis blog ni tapi aku tengok membe aku semua ada blog sendiri kan so aku pun menggatalkan la aku punya tangan ni untuk tulis blog. Aku pun tak tau apa sebab atau tujuan aku nak buat blog ni. Aku tengok kebanyakkan blog orang lain semuanya hebat-hebat belaka. Aku takut yang aku tak mampu buat blog aku jadi sampai tahap yang macam tu kerana aku ni bukannya dilahirkan untuk bijak dalam bidang IT ni. So, gasak je lah. Apa nak jadi, jadilah. Sampai bila kita nak dengar cakap orang betul tak. Walaupun blog aku tak hebat, tapi aku rasa aku akan puas hati dengan hasil tulisan aku dan aku harap korang pun macam tu jugak. So, setakat ni je dulu mukadimah aku. Salam~