Friday, March 6, 2009

Chapter 1

Fantasi. Adakah dia hanya mampu berfantasi? Atau dia mengharap yang fantasi akan bertukar realiti. Karut. Itu semua karut. Percayakah dia pada cinta? No! sudah semestinya tidak. Tapi kalau bukan cinta apa? Takkan first time tengok sudah jatuh cinta? Karut. Memang karut.

Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Mata masih belum dapat dipejam. Sudah berjam-jam dia begitu. Masih lagi tiada tanda-tanda mengantuk. Dia membetulkan kedudukan. Sekejap beralih ke kanan, sekejap ke kiri. Buntu. Tiada penyelesaian. Masa kian berlalu.

Dia terkenang peristiwa siang tadi. Sedang kelasnya, kelas 4 sains 2 tengah havoc, tiba-tiba cikgu rosnah masuk. Dia berteman bukan seorang. Tapi temannya masih muda. Memakai baju sekolah. Perempuan. Suasana gamat hilang. Semua mata memandang pendatang baru itu. Cantik. Itu sahaja sudah cukup untuk menyifatkan pelajar tersebut. Semua benar-benar ingin tahu.

“Semua!” tegas cikgu rosnah.
“Kita ada pelajar tukaran baru hari ni,”

“Adik manis siapa nama?” dari hujung suara nakal Raju kedengaran mencelah kata-kata
Cikgu Rosnah.

“Abang-abang kat sini semua nak tahu,” tambah Azman atau digelar Roy dan diiringi
gelak ketawa semua pelajar lelaki.

“Hissh, kamu semua ni. Cuba beri peluang sket kat dia bercakap,” Hanim si gadis
bercermin mata tebal membalas.

“Booooooo!” semua pelajar lelaki membalas.

Gamat jadinya kelas 4 sains 2. Tapi dalam ramai-ramai pelajar di dalam kelas itu, cuma As sahaja tak ambil pusing tentang pelajar itu. Entah. Perkara itu sudah biasa. Tak perlu heboh-heboh. Baginya waktu itu amat bosan. Masa bagaikan bergerak perlahan. Dia tak ambil peduli tentang pelajar itu mahupun reaksi dan gelagat teman sekelasnya. Dia hanya mahu cepat pulang. Makanan tengah hari sedang menanti. Hari ini DM masak ayam rendang. Sungguh menyelerakan!

As tak sedar masa bila cikgu rosnah sudah keluar dari bilik itu. Dia betul-betul tak ambik pusing. Satu sahaja yang ada dalam kepalanya, balik makan then tido. Settle. Tak sabar benar menunggu loceng terakhir berbunyi.

Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Dia orang pertama yang keluar. Dari belakang rakannya mengejar.

“Woi!” jerit faizal atau digelar pejal sahaja di antara mereka.
“Kalau ye pon kau lapo, tunggu la aku beb”
“Ahh, cepat la pejal. Perut aku da lapo ni. Da men lagu the beatles lagi” As mempercepatkan langkah.

“weh beb. Kau da tengok budak tadi? Lawa beb!”

As tak ambik pusing kata-kata pejal. Dia hanya terus melangkah laju. Niatnya hanya mahu sampai cepat sebelum DM dipenuhi dengan murid lain. Dan niatnya tercapai. Tak ramai lagi pelajar dekat DM. Perut pun sudah lapar apalagi makan saja lah.

Begitulah rutin harian As di Astana High. Bangun pagi, kelas balik makan petang riadah malamnya study. Dan itu berulang. Hampir setiap hari. Aktiviti yang sama berulang kali. Biasalah. Begitulah rutin budak sekolah berasrama penuh. Nak balik rumah? Tak dapat lah nak balik selalu. Kalau balik pun, macam lah parents ada di rumah. Sibuk memanjang. Hanya Nek Mah, pembantu rumahnya jadi peneman. Tapi dia tidak pernah menyalahkan kedua orang tuanya. Dia faham. Itu lumrah kehidupan.

Selesai makan, dia terus naik ke bilik. Mengemaskan diri dan bersedia untuk mandi. Selesai mandi dia terus menghempapkan diri ke atas katil kesayangannya. Tak sampai seminit, As sudah berada di dunia lain.

Petang itu, As turun awal. Padang bola menjadi sasaran. Aktiviti wajib setiap petang. As memang terkenal dengan kebolehannya bermain bola sepak. Disebabkan sentuhan berbisanya lah Astana High digeruni sekolah lain. As sememangnya genius dalam bidang sukan. Bukan sahaja bola sepak, permainan lain pun dia handal. Dia ayam tambatan sekolah. Wakil daerah sudah perkara biasa. Siapa tidak kenal As. Walaupun dia seorang genius dalam bidang sukan, dia tidak pernah mengabaikan pelajaran. Keputusannya cemerlang. Ramai cikgu kagum. Memang menjadi sejarah Astana High memiliki pelajar yang berkarisma sepertinya.

Seperti biasa, apabila semua orang sudah hadir, permainan dimulakan. Lincah gerakannya. Dia hanya bermain dengan pelajar seumur dengannya ketika waktu riadah. Sedang asyik menggelecek bola, menewaskan pertahanan seorang demi seorang, akhirnya peluang terbuka, dia terus menendang bola itu sekuat hati. Tapi dia off target. Bola melencong entah ke mana. Ada seorang pelajar perempuan sedang berjalan dengan kawan-kawannya.

“woi!”
“Tepi!” jerit As.

Tapi tak sempat. Bola itu tepat mengenai kepala pelajar itu. Pelajar itu terus terjatuh. As kaget. Tak tahu apa nak buat. Dia terus berlari ke situ. Pelajar tadi bingkas bangun. Mukanya merah padam. As buntu. Dia tidak sengaja.

“sori!”
“saya tak sangka buleh kena awak” jelas As.

“it’s ok, I’m just fine” balas gadis itu.

As terkejut dengan kecantikkan pelajar itu. Ada muka mix sikit. Kulitnya licin. Putih. Matanya berwarna hazel tak hazel, kelabu tak kelabu. Tanpa mengendahkan As. Dia terus menarik rakannya pergi dari situ meninggalkan As yang masih terkebil-kebil. Dari belakang semua sudah menjerit supaya As meneruskan permainan. As masih terbawa-bawa dengan perasaan nya melihat pelajar itu. Hatinya terusik. Wajahnya benar-benar memberi impact yang mendalam.

As masih lagi belum dapat melelapkan mata. dia cuba memejamkan mata. tapi tak mampu. Dan dua jam selepas itu, dia masih terjaga. Dia akan cuba mencari gadis itu esok. Meminta maaf semula. Pasti. Dan dia pun terlena.

Monday, March 2, 2009

PROLOG

Mengantuk. Itu sahaja yang dapat digambarkan pada wajah anak muda tersebut. Perjalanan selama hampir sembilan jam itu sememangnya amat memenatkan. Suasana di lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur itu amat hingar sekali. Penuh dengan sanak-saudara yang menanti kepulangan orang tersayang mereka dari kejauhan. Bagi dia, dia tetap keseorangan. Tiada siapa yang datang menjemput. Lagipun memang kepulangannya ini tidak diberitahu kepada sesiapa pun. Saja. Tidak penting tafsirnya.

Dia berjalan dengan penuh longlai. Masih terbawa-bawa dengan perasaan menaiki kapal terbang tadi. Jelas terukir kepenatan di wajahnya. Dia berjalan ke arah kaunter mengambil barang sambil bersiul-siul perlahan.

Dalam asyik berjalan, tiba-tiba....

"Opps!"
"Sori sangat!"

Dia masih lagi dalam keadaan bingung. Gadis itu dengan secara tidak sengaja telah melanggar tubuhnya. Dia tetap diam. Tersipu-sipu gadis itu mengenangkan kesilapannya. Senyumannya terhenti ekoran si jejaka yang dilanggarnya itu diam bagaikan tiada apa yang terjadi sebaliknya terus memandang tepat ke anak matanya. Mata bertemu mata. Masing-masing diam.

"Sori la encik, saya tak perasan tadi" jelas gadis itu.
"Hurm. Ok." ringkas balasannya.

Bagaikan tiada apa dia terus melangkah pergi. gadis tadi pelik. Ya. Amat pelik. Mukanya memang cute, tapi seperti ada sesuatu yang tersembunyi jauh di lubuk hati pemuda itu.

Muka dia cute habis. geram aku. tapi apasal dia macam tak hiraukan aku je eh. Hari ni aku tak comel ke? Pelik. Memang pelik.

Sudah dengan itu, si gadis pun turut melangkah pergi dengan menarik bagasinya. Meninggalkan rasa peliknya terhadap pemuda tersebut. Cukuplah hanya di klia getus hatinya walaupun dia seperti mengharapkan pertemuan kali kedua di antara mereka.

Pemuda tadi terus mencapai bagasinya yang sudah siap tersedia. Dengan ucapan terima kasih kepada pekerja yang bertugas di kaunter itu, dia pun terus berjalan mencari pintu keluar. Sesudah sampai ke pintu keluar, cahaya matahari terus menyinar. Silau pandangannya sebentar. Matahari terik sebegini memang sudah lama tidak dirasai. Maklumlah, dekat New Zealand mataharinya tidaklah sepanas di malaysia.

Sudah lama dia tak pulang ke malaysia. kali terakhir pun agaknya dalam sepuluh tahun yang lepas. Banyak perubahan di sini. Matahari masih lagi panas memancar. Memecahkan peluhnya membasahi seluruh tubuh. Lantas, dia pun mengeluarkan cermin mata berjenama Gucci dan menyarungnya di muka dan mula melangkah setelah puas melihat perubahan di luar KLIA itu. Dalam hatinya berkata, aku sudah kembali. Ya. As sudah pulang. Dan dia pun terus melangkah.



bersambung.............

STILL EDITED

edited

Sunday, March 1, 2009