Tuesday, April 7, 2009

Chapter 2

Kebosanan. Asyik-asyik bosan sahaja yang terasa. Kali ini dia terpaksa pindah lagi. Semuanya kerana papa bertukar tempat kerja. Kalau dulu papanya bekerja di Sudan, tak payah dia fikir pasal pindah-pindah ini semua.
Lebih baik tak payah balik Malaysia kalau asyik nak pindah jek.Kali ini ke Kedah pula. Kononnya kali terakhir, tapi entah-entah sama saja.
Esok sudah mahu bertolak, tapi segala persiapan masih belum dibuat. Saja. Mahu tunjuk tanda protes. Susah hidup berpindah-randah. Tak ramai kawan. Lepas ni tiada lagi wajah Fara, Shasha, Isma. Yang pentingnya tiada lagi si cumel Asyraf untuk ditatap. Tak pun si Farhan, jejaka paling macho di SSBM.
Benci!
Dia memang begitu. Agak susah untuk berhadapan dengan situasi baru. Tidak tahu mahu memulakan persahabatan. Hidupnya hanya dengan online. Di medan siber juga lah dia melepaskan segala rasa bosan, rasa tension. Maklumlah dia anak tunggal. Tiada abang, tiada kakak mahupun adik. Hidupnya penuh sunyi. Papa dan mama asyik sibuk. Mana ada masa untuk diluangkan dengan anak gadis mereka yang seorang ini.
Dengan penuh rasa malas, dia membuka kabinet pakaiannya. Ditelitinya baju-baju satu persatu. Selesai dengan baju dibelek pulak seluar, kasut-kasutnya yang tersusun rapi.
“tak siap kemas lagi ke sayang?” mamanya tiba-tiba muncul di muka pintu.
“malas la mama. Papa ni asyik nak pindah je,”
“ala. Da kerja papa macam tu nak buat macam mana”
“nanti mesti xde kawan kat tempat baru tuh”
“ade lah.jangan bimbang.dah. cepat kemas.esok da nak bertolak”
Mamanya bangun dan meninggalkan dia seorang. Sepi menjelma kembali. Dengan perlahan dia menarik pakaiannya satu persatu. Ditariknya beg yang maha besar dan membersihkan debu-debu kotoran yang berada di situ. Dia mula mengemas. Nanti papa bising pulak. Niat untuk protes terbantut.
Dan akhirnya dia sampai di Kedah. Negeri utara. Dia akan belajar di Astana High. Sekolah asrama kata papanya. Dia harap semuanya akan berjalan lancar.
…………………………………………..
Hari ini pertama kali dia belajar di Astana High, atau hanya digelar AH. Ya. Nama sekolah itu memang pelik. Dia sendiri was-was mendengar nama sekolah itu. Namun, tiada apa yang mustahil fikirnya. Difikirkan balik macam sedap juga nama sekolah tu. Macam nama sekolah mat saleh.
Semuanya berjalan lancar, hari ini dia mula kenal Cikgu Rosnah. Baik orangnya. Dia yang banyak membantu pada hari pertamanya di situ. Dia merupakan guru kelas barunya. Kelas 4 sains 2. Dengan keputusannya PMR nya, dia sebenarnya layak berada di kelas pertama tapi tiada kekosongan pula. Dia pun tak mengharap sangat. Kelas pertama atau kedua are still the same. Tiada beza. Tetap kena belajar.
Time dia diperkenalkan oleh Cikgu Rosnah tadi, gamat satu kelas. Dia pun hairan. Tapi mungkin di utara pelajar baru sepertinya mendapat sambutan yang berbeza kot.
Mujur roommatenya satu kelas. Shazlin namanya. Dia juga baik. Peramah orangnya. Tapi kadang-kadang dia tak berapa faham dengan loghat yang Shazlin guna. Loghat utara. Semuanya mesti ada q di hujung. Dia cuba untuk menyesuaikan diri.
Petang itu, dia mengajak Shazlin pusing sekolah. Bosan. Lagipun banyak tempat lagi dalam kawasan sekolah itu yang masih beloum dijelajah. Sedang dia asyik berjalan melintasi kawasan padang, sebiji bola tepat mengenai kepalanya.
Shit.
Dia terjatuh terus dek bola itu. Dia memaki hamun dalam hati.
Sial la. Nak main bola tu, main la elok-elok.
“sori!”
“saya tak sangka buleh kena awak” jelas budak lelaki itu.
Dia benar-benar menyampah. Mahu sahaja ditendang balik budak itu.
Banyak la kau punya sori. Main bola tak guna mata ke?
Sekilas pun dia tak pandang wajah budak lelaki itu.
“it’s ok, I’m just fine”
Dia terus menarik tangan Shazlin untuk pergi dari situ. Kepalanya masih lagi pening-pening lalat.
Kalo kepala aku bengong, semua memang salah kau la.
Shazlin yang masih lagi tak berapa faham dengan keadaan terus sahaja mengikut kehendak roommatenya itu untuk berlalu pergi.
“oi. Awat hang nih?” Tanya Shazlin.
“peningla kepala aku ni. Kau tak Nampak ke tadi?” balasnya.
“yala. Awat ang tak marah dia sket?
Tapi dia terus diam. Dia pun tak tahu. Ikutkan hati segala jenis makian mahu dikeluarkan. Biar setiap perkataan yang dia lafazkan bias merobek dada budak tadi yang penuh dengan keegoaan. Namun, dia tidak mampu. Dia hanya insan biasa. Dia hanyalah anak manja yang dahagakan kasih sayang. Malahan dia hanyalah seorang pelajar baru. Pelajar baru yang tidak tahu apa-apa tentang keadaan di situ.
Tapi kalau sekali lagi dia terserempak dengan budak tu, dia akan pastikan budak tu kena cukup-cukup. Ya. Hari ini hari dia, esok lusa siapa tahu. Dia takkan mudah berputus asa. AIDIL FARA AZLIANA bukan seorang yang mudah dibuli. Mereka harus sedar akan kenyataan itu. Pasti.

3 comments:

yaya . said...

weyyy
sape "dia" tu?
awak eh?
(:

Shah leo said...

ish.
bukan lah.

FdausAmad said...

Gua datang nk jemput lu mkn kenduri kt blog gua.
Ikut baca doa skali lagi bagus.

Follow terus pun takpa.

Budak budak kt blog gua tu dah tak seimbang,ramai berat ke belah punk.