Monday, March 2, 2009

PROLOG

Mengantuk. Itu sahaja yang dapat digambarkan pada wajah anak muda tersebut. Perjalanan selama hampir sembilan jam itu sememangnya amat memenatkan. Suasana di lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur itu amat hingar sekali. Penuh dengan sanak-saudara yang menanti kepulangan orang tersayang mereka dari kejauhan. Bagi dia, dia tetap keseorangan. Tiada siapa yang datang menjemput. Lagipun memang kepulangannya ini tidak diberitahu kepada sesiapa pun. Saja. Tidak penting tafsirnya.

Dia berjalan dengan penuh longlai. Masih terbawa-bawa dengan perasaan menaiki kapal terbang tadi. Jelas terukir kepenatan di wajahnya. Dia berjalan ke arah kaunter mengambil barang sambil bersiul-siul perlahan.

Dalam asyik berjalan, tiba-tiba....

"Opps!"
"Sori sangat!"

Dia masih lagi dalam keadaan bingung. Gadis itu dengan secara tidak sengaja telah melanggar tubuhnya. Dia tetap diam. Tersipu-sipu gadis itu mengenangkan kesilapannya. Senyumannya terhenti ekoran si jejaka yang dilanggarnya itu diam bagaikan tiada apa yang terjadi sebaliknya terus memandang tepat ke anak matanya. Mata bertemu mata. Masing-masing diam.

"Sori la encik, saya tak perasan tadi" jelas gadis itu.
"Hurm. Ok." ringkas balasannya.

Bagaikan tiada apa dia terus melangkah pergi. gadis tadi pelik. Ya. Amat pelik. Mukanya memang cute, tapi seperti ada sesuatu yang tersembunyi jauh di lubuk hati pemuda itu.

Muka dia cute habis. geram aku. tapi apasal dia macam tak hiraukan aku je eh. Hari ni aku tak comel ke? Pelik. Memang pelik.

Sudah dengan itu, si gadis pun turut melangkah pergi dengan menarik bagasinya. Meninggalkan rasa peliknya terhadap pemuda tersebut. Cukuplah hanya di klia getus hatinya walaupun dia seperti mengharapkan pertemuan kali kedua di antara mereka.

Pemuda tadi terus mencapai bagasinya yang sudah siap tersedia. Dengan ucapan terima kasih kepada pekerja yang bertugas di kaunter itu, dia pun terus berjalan mencari pintu keluar. Sesudah sampai ke pintu keluar, cahaya matahari terus menyinar. Silau pandangannya sebentar. Matahari terik sebegini memang sudah lama tidak dirasai. Maklumlah, dekat New Zealand mataharinya tidaklah sepanas di malaysia.

Sudah lama dia tak pulang ke malaysia. kali terakhir pun agaknya dalam sepuluh tahun yang lepas. Banyak perubahan di sini. Matahari masih lagi panas memancar. Memecahkan peluhnya membasahi seluruh tubuh. Lantas, dia pun mengeluarkan cermin mata berjenama Gucci dan menyarungnya di muka dan mula melangkah setelah puas melihat perubahan di luar KLIA itu. Dalam hatinya berkata, aku sudah kembali. Ya. As sudah pulang. Dan dia pun terus melangkah.



bersambung.............

7 comments:

SJNIESHA said...

I'm looking forwards for d next entry :D

Shah leo said...

haha.
thanks!

misS mancIs said...

hurm,x sangka.....rupanya ada darah seni....=) u love novel???

Shah leo said...

buleh la.
agak minat.
hahaha.
jangan bagitau kat sesiapa!

SJNIESHA said...

hehehe..ya, i saw d budak setan novel back in ur condo.i believe it belongs to u ;p

fadYGbaek said...

great story..
sambung plz

Shah leo said...

ok.
i try my best..